search what do you want..

Sep 20, 2017

GOMEN, AISHITERU (I'M SORRY I LOVE YOU JAPAN VERSION)

Gomen , Aishiteru :')

Assalammualaikum,

Long time no see since last entry haritu HAHAHA.
Okeyh harini nak cerita sikit pasal dorama jepun satu ni hah yang buat aku tunggu hari ahad dengan penuh tak sabarnya hahahaha.

Kalau korang masih ingat drama korea MISA (Mianhanda Saranghanda) yang meletupss dendulu tu ni hah remake drama tu la hahaha. MISA is the one of popular korean drama yang aku pernah tengok dendulu masa zaman sekolah rendah , well iols kan dulu peminat drama korea hahahaha. Serious drama korea masa zaman-zaman aku sekolah rendah memang legend macam Autumn in my heart, winter sonata, tree of heaven , my sassy girl chung hyang, yoo hee the witch, my girl, princess hours and banyak lagi termasuklah MISA.

Actually banyak gak negara yang dah buat remake drama MISA ni macam China, Thailand and another one tak silap dari turki kott. Ok cerita pasal remake drama actually ni kira remake MISA yang kedua aku tengok lepas tengok remake dari china. Ok kejap lagi aku cerita pasal beza tiga-tiga version HAHAHA tak sabarrrrr Lol.

ok 1, 2, 3 start!

Nagase Tomoya as Okazaki Ritsu 

   Siapa masih kenal dengan Sakaki makio yang ting tong tu ? hahahhaha hah ni la dia tapi dah tukar character lah dah takde lagi si sakaki makio yang sengal + lawak tu lagi hahahahha. kali ni dia bawak watak cinta tangkap leleh air mata hahahha. 

Dalam drama ni nagase bawak watak as Okazaki Ritsu (36) , kalau dekat dalam drama korea dia ni Choi moo hyuk (so ji sub) la, hero dengan takdir hidup yang sedih daripada awal sampai mati hahahaha!. Apa yang aku suka dengan remake jepun punya hero ni sebab nagase tak terbawak-bawak dengan watak choi moohyuk lakonan so jisub. Nagase deliver watak dia as Okazaki ritsu dengan cara dia sendiri and aku nampak dia deliver watak dia natural gila! plus he looks so hot and so cool as i can say! hahahaha. Aku suka cara Ritsu even dia bekas geng-geng yakuza dia tak nampak rough sangat i mean cara dia layan sakana , wakana dengan Rinka dia nampak lovely and protective man sangat !!! *awwwww >_<*  . Ritsu jarang ada babak pukul-pukul ni except time episode 1 and time episode dia pukul wartawan yang nak malukan Reiko (mak ritsu) dekat restoran sebabkan nak protect mak dia, ritsu sampai kena tangkap Sob sob T.T . Aku suka scene ritsu tanpa ragu-ragu tunjuk sisi lemah dia dekat rinka. See even segangster-gangster ritsu dalam hati ada taman hokeyhh! HAHAHA actually banyak aku nak cerita pasal watak ritsu ni tapi malas nak taip lol. 


Before that aku pernah nampak some comments dekat website yang cakap diorang tak yakin yang nagase boleh bawak watak cintan cintun air mata sebab nagase ni selalu bawak watak sengal-sengal ubi and lawak. Tapi well don't judge a book by its cover kan?But dorang totally wrong, sebab he nailed it! serius nagase bawak watak Okazaki ritsu so superbb sampai aku pun join nangis apa citerrr!? hahahaha. 

Ok jujur sebelum-sebelum ni aku tengok drama nagase berlakon aku tak pernah terpikir nak jadi fans dia even aku enjoy tengok dia berlakon dalam My Boss My Hero hahahaha. Aku tengok dia dekat dalam detective love sick tapi aku skip-skip sebab nak tengok scene toma je Lol, kesian nagase haahahahah.Oh ye aku baru ingat  nagase ada berlakon dalam Heaven's door. Heaven's door tu ada manga dia tau, manga tu actually favorite manga aku then pernah aku search LA Heaven's door sekali tengok hero dia, aku terus tak jadi tengok dan tanpa ku sedar hero itu ialah nagase hahahahah. Tapi tu citer lama masa aku form 5 kot, masa tu kan iols suka laki keding-keding muka jambu tu yang tak pandang nagase time tu hahahaha. Tapi lepas tengok gomen aishiteru, im officially fans  nagase tomoya! maka dengan ini dialah artis keempat dari Johnny Entertaiment lepas toma ikuta, matsujun and nishikido ryo! Welcome to Amira world nagase san~~ Hahahaha.

aku macam tak percaya aku suka lelaki tua yang dah nak umur 40 tahun ni  HAHAHA Nagase san, tsuki dayo! 


Yoshioka Riho as Mita Rinka 

Haiiii here is our heroin Yoshioka Riho chan!. Dia bawak watak Mita Rinka (24) actually ni 1st time dia dapat jadi watak utama/heroin , dia sangat comel ok! hahaha aku suka tengok mata dia sebab bulat + cantik.
Ok cerita pasal rinka dia ni tinggal dengan bapak dia je sebab her mum dah lama meninggal masa dia umur 3 tahun, bapak dia ni kerja dengan Reiko dari zaman muda dulu sampailah tua. So rinka ni dah rapatlah dengan keluarga Reiko and suka dekat anak kesayangan reiko iaitu satoru dari kecik. Tapi lepas dia jumpa Ritsu everything berubah dan dia cinta mati lah dengan si ritsu.



 Aku suka rinka ni sebab even dia ni kengakadang takde pendirian tetap sangat dia tetap nak menempel dengan si ritsu even bapak dia tak bagi + reiko suruh dia jangan sakitkan hati satoru + satoru nak kahwin dengan dia tapi dia degil gak tetap carik si ritsu tu hahahaha.

chuu~~~




Otake Shinobu as Hyuga Reiko

Ni la mak kandung si Ritsu and mak angkat si Satoru. Dia ni pemain piano terkenal and pernah ada kontroversi sebab ada hubungan sulit masa dia muda-muda dengan pemuzik popular entah sape nama dia tapi lelaki tu la bapak ritsu. Geram gila aku dengan dia ni kengkadang , ada ke patut dia buat ritsu kita sedih *Emosi* HAHAHA. Actually dia baik just dia terlebih protective dekat anak dia je. Tapi mak cik ni pandai berlakon , aku suka dia ! Good job, masa episode akhir lepas dia buatkan ritsu bubur then ritsu bla dia nangis then dia carik ritsu dari tingkap. huhuhu nangis aku scene tu T.T.

Kentaro sakaguchi as Hyuga Satoru

Dulu masa first-first aku tengok dia berlakon dalam Disqualified Girlfriend aku rasa dia macam muka orang korea kot. Macam Seo kang Jun pun ye. Hahahaha. okeyh cerita pasal si satoru ni, dia ni anak manja gila kot dan ada sakit lemah jantung since kecik. Dia ni pemain piano, kira ikut jejak langkah mak dia lah, dia tak pernah perasan rinka suka dia sepajang 24 tahun, first love dia pemain saxophone Furusawa Touko, dia sempat bertunang even mak dia tak suka taouko tapi kejap je la sebab touko ada muslihat je pun tunang dengan satoru. Lepas Accident baru dia suka rinka, hishhh kacau je! Hahahaha. Kengkadang annoying betul dengan watak dia ni ahhahahaha tp overall dia berlakon best! Watak dia ni buat aku ingat watak Yoon (Jo kyung ho) dalam MISA hahahaha .

wakana and sakana!

Kalau versi korea moohyuk ada akak kembar and anak sedara kan? tapi untuk versi jepun wakana ni kawan pada ritsu since diaorang duduk rumah anak yatim masa kecik-kecik. Mulanya wakana ni normal je tapi lepas ritsu kena ambik dengan keluarga angkat si wakana ni hari-hari tunggu di ritsu and satu hari si wakana ni nampak ada budak lelaki muka macam ritsu then time tu la dia accident and otak dia ada problem , tu yang dia macam budak kecik tu, dia ada anak nama sakana, tak dapat detect bapak si sakana ni sapa hahahaha. Ritsu dengan Wakana terjumpa msa ritsu pergi rumah anak yatim time dia kecik untuk jumpa dengan pengetua rumah anak yatim tu nak tanya pasal mak dia. So start dari situ si ritsu ni tumpang dekat rumah wakana. Actually aku sakana and wakana ni watak favorite aku lepas ritsu dengan rinka. sebab there is such a warm side bila ada babak sakana dengan wakana. Sebab diorang berdua ni kira tempat release tension si ritsu. Kengkadang aku terpikir asal lah si ritsu ni tak nak kawen dengan wakana je, kalau tak dah lama bahagia hahahahhahaha.

Ayaka Onishi as Furusawa Touko.

Touko ni pemain saxophone terkenal and dia ni first love satoru, dia ni ada family problem, dia dendam dengan ayah dia sebab ayah dia abaikan mak dia dengan dia . Tapi masa ayah dia sakit dia still jaga and dia nak kahwin dengan satoru sebab bapak dia je, aku tak paham sangat apa real intention dia sebab aku skip scene masa dia explain hahahahaaha. Dia ni ada sikit perasaan dekat ritsu jugak bagi aku lah tapi tak la menonjol i mean dia macam adore je la dengan si ritsu tu sebab dia pernah cium dengan ritsu tapi dia tak layan Hahahaa. Actually aku suka touko ni sebab dia bukannya jahat pun kalau nak dibandingkan dengan bapak rinka tu hah!. Aku suka touko sebab nanti time final episode dia banyak tolong ritsu, see dia show us dia punya bright side. Aku suka and terShip dia dengan ritsu sekejap HAHAHA. Somehow aku nak dia yang bawak watak rinka hahahaa.

Mita Tsuneo 

Hah ni la watak paling aku nak sembelih sekali! . Dah la buat salahdekat Ritsu pastu nak seksa budak tu lagi haihhh nasib baik lah drama je lol ahhaahahahah

tak tahu nama hahaha

ni la wartawan yang ritsu tumbuk masa episode 3 or 4?? Actually dia ni la yang bagitau dekat ritsu siapa sebenarnya mak ritsu. Then dia ni dendam dengan reiko sebab skandal reiko tu suami kakak dia. Kira dia nak balas dendam dekat reiko lah sebab buat kakak dia terseksa sampai mati. Dia ni gigih betul ikut ritsu kehulur-kehilir sebab nak dedahkan cerita pasal anak terbuang reiko a.k.a si ritsu tu. Tapi masa episode 9 ritsu cakap "i will die soon, i finally understood the meaning of me being born , it was to protect my mum and brother. for what sake are you living? to avenge yourself? are you living for that? even though you can live till you get old, what a waste.." hah ayat ni la yang buat mamat wartawan ni sentap habis dan cancel dari terus buat kerja bodoh dia tu huhuhu.


Overall Gomen, aishiteru is the best bagi aku, aku enjoy every episode and japanese version tak focus sangat pasal kisah dendam2 ni even pada mulanya ritsu nak balas dendam dengan mak dia tapi start episode 3 aku dapat rasa dia dah lupa pasal hal balas dendam dia tu dan focus protect mak dia. Ni la dorama pertama yang aku follow even belum habis dekat jepun lagi, selalu setahun dua baru aku tengok sebab aku tak suka perasaan menunggu hahahahha. Setiap ahad aku akan check ig aku tengok ada tak sesiapa share scene2 untuk episode GomenAi pastu malamnya aku tengok dekat daily motion yang tanpa subtitle , twitter semua aku follow even bahasa jepun aku tak paham, aku copy paste dekat google translate semata-mata nak follow up drama ni. HHAHAAH kouta aku pun kerap habis sebab aku pulun tengok drama ni, dah tengok yang takde subtitle lepas tu download pulak yang ada subtitle , memang selalu tengok dua kali HAHAHAHA.


Beza versi korea, jepun and china?

versi korea : 

Moohyuk kena tembak sebab nak selamatkan awek dia yang dah nak kawen dengan orang lain dari kena tembak even dah kena dump dengan awek dia, dia tetap protect orang yang dia sayang T.T. Ada kembar yang agak terencat and anak sedara. Dari segi gaya moo hyuk lebih rough sikit  tapi dalam kasar-kasar dia , dia sangat protective. aku suka scene yang dia peluk eunchae masa eunchae jatuh time nak lintas jalan tak silap and dia senyum macam happy sangat dapat jumpa eunchae, awwww soo sweet!!! Eun chae dalam cute-cute dia tapi still kuat melawan gak hahahahah actually aku dah tak ingat sangat pasal MISA sebab ye la aku rasa last aku tengok masa darjah 4 or 5 kot? lebih kurang gitulah, sekarang aku dah 21 hahahahah 

Versi China :
Memandangkan versi china dia buat movie so memang banyak scene dia potong and of course jalan cerita ada beza sikit. Matthew Walker sama macam moohyuk gak, kena amik dengan keluarga angkat and tinggal dekat luar negara, dia ada satu tatu since dia baby bentuk kepala harimau kalau tak silap aku dekat perut dia. Dia pun  kena dump dengan awek dia sebab awek dia kahwin dengan police. Masa walker kena belasah dengan orang jahat eunchai dengan beraninya lawan balik orang jahat tu, tapi bukan lawan pukul la just lawan mulut gitu tak lama lepas tu polis sampai then bersurai , tuh la first time eunchai jumpa walker. esoknya ke ntah bila la lupa, si eunchai ni nak balik china, pastu dia kena rompak kebetulan si walker ni perasan then dia pun follow and lawan la dengan orang jahat tu. Ok nak dijadikan cerita eunchai ikut walker balik, time walker bukak baju eunchai perasan bentuk tatu tu sama dengan salah satu artis yang dia pernah kerjasama, tapi dia lupa siapa. kalau dalam versi korea dengan jepun heroin suka dengan hero kedua since kecik tapi china punya version dia tak suka pun hero kedua iaitu Trey sebab kalau dia suka makin panjanglah cerita hahahhaah . skip skip, terus masuk babak walker kena tembak pulak, walker kena tembak sebab nak selamatkan kawan dia, then lepas kena tembak ex-gf dia baik kot sebab jaga dia dari dia sakit sampai baik, pastu laki dia siap sponsor untuk si walker ni carik mak dia dekat china. Next next, walker ada kembar perempuan nama dia jule , tapi jule tak cacat dia sempurna and seorang artis. Trey ni suka Jule. kalau versi korea dengan jepun yang jahat driver mak diorang iaitu bapak si eunhae/rinka. Tapi versi China yang jahat perempuan. Aku lupa sebab apa dia dendam dengan mak si Walker ni.


Versi Jepun :

Cara ritsu dengan rinka sama je macam moohyuk jumpa eunchae, walker jumpa eunchai so aku malas nak explain. Ritsu join geng kongsi gelap dekat korea, then boss dia Ran (Lee soo hyuk) sangat adore dengan dia and nak jadikan dia abang angkat. Memandangkan ritsu ni kurang kasih sayang, bila dia dengar ada orang sayang dia macam keluarga dia appreciate sangat. Satu hari masa Ran tengah sambut birthday dia (Yakuza pun sambut birthday tauuu hahhahaha) tetiba ada orang jahat keluar dari dapur dan menyamar chef, ritsu perasan yang orang tu nak keluarkan pistol dan mengarah ke Ran. So sebagai abang dia pun lari pergi arah Ran sebab nak protect si adik angkat dia ni, then dia kena tembak first2 dekat belakang badan pastu baru terkena tembak dekat bahagian kepala, terus longlai. Ok nak dijadikan cerita lepas accident tu, Ran bagi duit yang agak banyak dekat Ritsu untuk ritsu carik mak dia dekat Jepun. So dah sampai sana barulah dia jumpa kawan lama dia wakana yang lembam sebab ada cedera dekat otak masa accident and sakana anak si wakana ni. So since tu ritsu tinggal dengan diorang. Sisi yang boleh aku nampak dekat ritsu ni dia sangat protect perempuan , pandai layan budak dan cool. Aku suka tengok dia layan wakana, dia usap rambut wakana macam budak kecik and bila dia layan sakana pulak nampak dah ciri-ciri kebapaan even kengkadang sakana rasa annoying je dengan ritsu hahahaha. Time dia layan satoru and Ran main game pun nampak sweet je ahahhahaa. Aku tak pernah nampak ritsu naik suara dekat rinka except masa episode 9 scene rinka nak follow ritsu naik bas, tapi ritsu tak bagi.



Sekarang aku cerita pasal ending pulak.

versi korea. 

Versi korea : Lepas dia tinggalkan eunchae dengan ucapan "mianhanda saranghanda" and delete gambar dekat phone eunchae.  Moohyuk mati masa bawak motor , aku tak tahu kalau dia bunuh diri or apa sebab certain cakap dia bunuh diri dengan biarkan diri dia accident,  tapi bagi aku dia tak bunuh diri sebab maybe dia dah sakit sangat and then dah tak mampu nak handle motor thats why dia rela je accident and mati. Eunchae pulak tak sempat jumpa Moohyuk untuk kali terakhir . Mak dia pulak sampai kesudah tak tahu pun yang Moohyuk ni anak dia. At the end eunchae pergi australia then jenguk tempat dia dengan moohyuk first time jumpa recall balik kenangan diorang and eunchae ambik keputusan bunuh diri dengan minum racun dekat sebelah kubur moohyuk Sob sob T.T

Versi China : Walker kena tikam dengan musuh dia sebab nak selamatkan adik dia , at the end mak walker tahu yang walker dengan jule ni sebenarnya anak dia, then eunchai tak sempat pun nak jumpa walker untuk kali terakhir sebab sampai-sampai je eunsai dekat hospital walker baru meninggal. Sama macam versi korea eunchai pergi dekat kubur walker baring and then decide untuk bunuh diri dengan kerat urat tangan dia.

Versi Jepun : Sama macam versi korea, ritsu pergi buang semua gambar dia dengan rinka dekat phone rinka, then cium rinka masa rinka tengah tidur kira macam simbol ucapan terima kasih la sebab bahagiakan dia , yang si rinka tak terbangun sebab maybe kepenatan tunggu ritsu balik sebab nak celebrate birthday. Then ritsu terus bawak kereta dan pergi satu tempat tepi pantai. rinka yang baru terbangun terus check handphone dia and check gallery semua gambar dia dengan ritsu kosong. So rinka terus keluar rumah tetiba dia dapat call dari ritsu. 

Ritsu : "Bokechin..." ..
Rinka: "Nani? (what)..." .
Ritsu : "Gomen....Aishiteru..." 

pastu terus senyap just bunyi ombak then rinka dah menangis-nangis and tak terkeluar apa-apa ayat , maybe sedih sangat. Ritsu dia macam "ok inilah takdir hidup aku" then dia terus jalan then ada cahaya,, aku rasa maybe tu simbol dia nak mati la tu kot hahahha.

lepas tu terus satu tahun kemudian,, satoru pun dah dapat jantung ritsu, dekat concert piano satoru mainkan lagu "Farewell" untuk kenang ritsu. Aku tak sure Reiko tahu pasal ritsu or tak sebab takde subtitle lagi. Tapi sepanjang satoru main piano reiko asyik terbayang ritsu je. Then ada satu babak reiko tengah main piano then dia bayangkan ritsu dekat sebelah dia macam selalu, pastu reiko senyum. Babak sakana dengan wakana, aku rasa sakana bakal-bakal jadi ritsu sebab cara dia dah macam ritsu masa dia tegur wakana salah nyanyi hahahaha the rest aku tak paham apa yang diaorang cakap sebab takde subtitle. Ok beralih kepada heroin, kalau korea bunuh diri minum racun, china bunuh diri kerat urat tangan , thailand bunuh diri dengan lemaskan diri, tapi jepun punya ending quite surprising me sebab aku pun target rinka bunuh diri tapi sangkaan gue meleset. Rinka pergi korea semula and pergi tempat yang dia dengan ritsu tidur time kena kejar dengan orang jahat, rinka tertidur then tetiba dia terdengar suara ritsu, dia terus bangun and pandang langit seolah-olah macam ritsu bagi semangat dekat dia then dia amik beg dia , jalan dan senyum. The end.

sob sob :<

Bila ritsu dah tinggal jadi bunga hahaha

kalau tanya aku puas tak ending versi jepun. Jujur aku cakap tak puas sebab aku kalau boleh nak lebih daripada ending tu hahahahhaha. Tapi apa-apa pun air mata still berjurai ahhahahahahaha. I miss my ritsu hahahaahah. 


ok la panjang betul aku tulis ni dah la byeeeeee! Assalammualaikum. 


sampai harini aku pelik asal ritsu tidur sebelah wakana kenapa tak dia tidur sebelah sakana and rinka tidur sebelah wakana. HAHAHAHAH